BULLETIN
Pelancaran Album Khadeeja & Videoklip Dia Milikku’
KHADEEJA, yang mula dikenali dengan single hits pertamanya, ‘Dia Milikku’ telah mengadakan pelancaran albumnya, ‘Khadeeja – Dia Milikku’ di RedBox Ria Sogo, Kuala Lumpur pada 21 September 2006. Graduan Jurusan Pembangunan Keusahawanan (Bachelor of Business Administration) dari Universiti Tenaga Nasional (Uniten) yang baru menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke24 pada 08 Sept lalu baru saja mengadakan persembahan sempena ulangtahun Nona TV3 yang ke21 di Hotel Palace Of The Golden Horses, Seri Kembangan dan di konsert malam kemerdekaan negara ke 49 anjuran DBKL di Dataran Merdeka pada 30 Ogos yang lalu.. Bersandarkan pada pakej (konsep muzik, karakter, kredibiliti dan kekuatan vokal) yang menarik, Khadeeja dijangka akan memberi persaingan yang sihat antara artis solo wanita yang sedia ada. Pengalaman beliau yang luas dalam pertandingan peringkat universiti telah banyak membantu Khadeeja dalam persembahan dan vokal beliau.
Pelancaran album ‘Khadeeja – Dia Milikku’ ini diadakan untuk merapatkan silaturrahim dan hubungan akrab antara Khadeeja dan wartawan hiburan serta Dj selain meraikan ulangtahun kelahiran Khadeeja yang ke24. Di masa yang sama juga, videoklip ‘Dia Milikku’ telah ditayangkan buat julung kalinya kepada para wartawan dan tetamu yang hadir. Khadeeja kini tampil dengan single superhits terbarunya, ‘Takkan Terkejar’. Lagu karya komposer berbakat Syde ENV dan lirik oleh Khadeeja ini dijangka dapat meneruskan ‘tradisi’ konsep dance housenya sepertimana ‘Dia Milikku’ dan memperkenalkan Khadeeja serta ‘memberitahu’ kepada umum tentang kelebihan dan keistimewaan yang ada pada Khadeeja. Album repackage istimewa ‘Khadeeja – Dia Milikku’ akan dikeluarkan pada September 2006 ini dengan tambahan bonus ‘Minus One’ single hits beliau, ‘Dia Milikku’, susulan dari album ‘Khadeeja’ yang telah berada di pasaran 14 Februari 2006 yang lalu. Album yang telah mendapat ulasan (album review) yang amat positif dari para wartawan/pemerhati hiburan ini dijangka dapat memenuhi citarasa pendengar yang menginginkan kelainan dan konsep musik yang ‘fresh’. Album ini menggandingkan karya komposer muda yang cukup berbakat serta komposer terkenal seperti Adnan Abu Hassan dan Syde ENV. Jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak RedBox Ria Sogo, Kuala Lumpur selaku penaja utama majlis pelancaran album ‘Khadeeja – Dia Milikku’, ‘Forever 21’ - penaja pakaian Khadeeja dan kepada semua wartawan, Dj-Dj radio dan orang perseorangan yang sudi hadir memeriahkan majlis ini.
Song Preview:
*Untuk wartawan hiburan yang tidak berkesempatan untuk hadir ke majlis pelancaran album ‘Khadeeja – Dia Milikku’ lalu, masih boleh mendapatkan kenyataan akhbar dan gambar-gambar ekslusif Khadeeja semasa majlis pelancaran album atau mengaturkan temujanji interviu/photoshoot Khadeeja dengan menghubungi Ana (Hp No. : 012–295 2867 atau Office Tel. No. : 03-7958 6727).
** Sila layari halaman WEB http://khadeeja.bintangseni.com untuk galeri gambar Majlis Pelancaran Album.